BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 20 November 2009

cinta.. sukar melepaskannya..seksa!

bosan? aku pun bosan..
cuti sekolah sudah seminggu bermula..
namun fikiran masih buntu memikirkan aktiviti yang menarik..

dalam pada aku menjalani hari-hari aku, masalah demi masalah muncul..
rasanya seperti sedang berlakon di pentas drama sebagai watak utama dalam permainan hidupku..

kecewa? sudah banyak kali aku merasakannya..
ingin saja aku berkongsi bersama pembaca..
tipu! jika kamu bilang kamu tidak pernah merasakan kehampaan dalam hidup yang penuh liku-liku ini..

orang hanya melihat dan bisa mendengar, hanya mampu berkata-kata ucapan yang baik-baik..
memberikan semangat dan perhatian..
memang pedih dan sakit bila dilukai oleh insan yang kita cintai..

remaja dan cinta memang tiada pemisahnya..

dan halangan dalam bercinta di peringkat itu juga sangat kuat..
tegahan ibu bapa, masalah pembelajaran, gangguan emosi, keinginan merasakan kebebasan..

aku sudah kenali ramai orang, temui dengan orang yang berbeza,
pengalaman demi pengalaman aku dapat..
mungkin kali ini, aku ingin berkongsi sedikit tentang cinta..

apa perasaan bila cinta ditolak orang?
bila orang yang disayangi dimiliki orang lain?
bila orang yang diharapkan meninggalkan kita?

aduh!! air mata ingin saja mengalir..
tapi, jangan!!! kuatkan semangatmu..
bagi si lelaki, mungkin 'ya' menahan perasaan kerana egois!
tetapi si gadis, air mata berderai-derai dek kerana hati yang terlalu lembut..


terluka! satu perkataan yang cukup jelas untuk menerangkan perasaan itu..
kecewa, merana, menderita, sedih, peritnya..
harapan untuk melihat hari esok lebih bahagia, musnah..


cinta, begitu suci pada lahiriahnya..
yang terbit dari hati yang terdalam, kurniaan Allah Yang Maha Esa..
biar sekeras mana pun hati mereka, jauh di lubuk yang terdalam, pasti tersimpan 1 naluri..
"ingin mencintai dan dicintai"


cuma macam-macam sebab yang buat kita tidak dapat mengecapi impian kita itu..
seiring menimba ilmu, mengejar impian untuk berjaya, hati kita turut meronta ingin disayangi..
biasalah, itu kan sifat manusia..


tapi kadang-kadang, orang itu bukan lah pilihan yang tepat..
aku tahu penyeksaann..
cuma apa yang mampu, berserah pada Tuhan mengharapkan yang terbaik..

kiranya cinta tidak kesampaian, tabahkan hati..
mungkin ada hikmah, siapa yang tahu?

cuba melupakannya dengan mencari cinta yang baru??!
aku berani berkata.."ia tidak berhasil ok!"
kenapa?! sebab.. kau memang tak boleh memaksa diri mencintai orang yang kau tak cintai..
meskipun hati benar-benar sakit bila cinta direject orang, tapi cara terbaik ialah dengan melepaskan dia.. merelakan dia.. pergi dari hidup kau..

kau harus menerima kenyataan jika dia bukan milik kau..
kau harus percaya, yang dia pasti ada sebab melakukannya..
kau mesti mengikhlaskan hati menerima kepergiaannya..

kadang kala, kita memang ingin melupakannya..
tetapi.. hati kita langsung tidak mahu melepaskan dia..
jika begitu, sampai bila-bila pun..
kau takkan dapat melupakannya..

begini lah..
cinta memang tak dapat dipaksa..
ia datang.. ia pergi tanpa kerelaan kita..
memang susah melupakan orang yang dicintai..
tetapi jangan lah terus menyeksa diri..

jika benar-benar cinta..
berkorbanlah sikit untuk melihat dia gembira..
jika tak dapat luapakan dia, jangan la hancurkan persahabatan..
teruslah temani dia.. sayangi dia..
untuk mengubat hati yang luka, biarkan lah dia tersenyum..
pasti akan hilang segala keresahan..

cinta,
begitu indah bunyinya..
memberikan semangat dalam apa saja tindakan..
peliharalah ia bagi yang memiliki cinta..
bukan semua orang dapat merasakan kebahagiaan itu..
tetapi aku bersyukur, kerana cinta yang aku rasakan dari orang di sekeliling aku menjadikan aku lebih tabah..